............DISKAUN ISTMEWA UNTUK SETIAP PEMBELIAN BUKU..

Friday, March 26, 2010

Seribu Rindu Untukmu - Shahriah Abdullah

Friday, March 26, 2010
Maya seorang wanita berjiwa lembut tetapi tegas di luaran. Tidak pernah sekali pun seumur hidup mengenali apa itu cinta, walaupun cinta monyet! Selama 25 tahun Maya memegang prinsip 'cinta tidak perlu di cari kerana cinta akan datang sendiri' kerana prinsip itulah Maya tidak pernah berminat atau teruja untuk mengejar atau belajar apa itu erti cinta.

Dengan kecantikan yang dia miliki umpama diri seperti seorang 'Super Model' yang menjadi cemuhan dan cemburu dari rakan sekuliahnya. Maya terpinggir namun dia masih ada teman sejati bernama Zura yang lincah genit dan menggoda. Bermula dengan gurauan akhirnya Maya bersetuju menyahut cabaran Zura agar dia menulis kisah cinta tentang dirinya sendiri. Maya menyahut cabaran itu walaupun jauh di sudut hati bimbang dan risau sedangkan dirinya tidak pernah sekali pun bercinta dan tahu bagaimana rasanya bercinta

RM19.90 (EW) - RM17
RM22.90 (WM) - RM20
ISBN: 978-967-5489-27-3
Status : ADA
~656 hlm

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket Distributed by Deluxe Templates