............DISKAUN ISTMEWA UNTUK SETIAP PEMBELIAN BUKU..

Tuesday, June 29, 2010

D3' Blur - Ellis Gee

Tuesday, June 29, 2010
Hetty Blur melangkah ke alam pekerjaan. Mula-mula kerja sebagai kerani pentadbiran. Seterusnya dinaikkan pangkat kepada Eksekutif Pemasaran. Seumpama namanya, dia blur, blur, blur.Dia kemudiannya dipinang Mak Kiantan, yang sekampung dengan neneknya di Kuala Pilah. Pinangan diterima setelah Mak Kiantan setuju membayar hantaran sebanyak 50 ribu! Wujudkan cintanya kepada Reez atau hanya demi duit semata-mata?Robbie, cinta pertamanya kini merupakan rakan sepejabat. Mampukah cintanya kepada Robbie yang pada mulanya hanya pada alam fantasi berputik?Keutamaan hidupnya RM. Dan Robbie, cinta pertamanya. Diikuti Reez.Antara Robbie dengan Reez, siapakah pilihan hatinya?

Harga
Sem. Malaysia: RM19.90 - RM17
Sabah/Sarawak: RM22.90 - RM20
Status : ADA

D' Blur - Ellis Gee

Namanya Hetty Nur. Sebab my dad minat Hetty Kos Endang.Nama lainnya Hetty Blur. Sebab sikapnya yang kebodoh-bodohan, jadi Club 5 memberi jolokan itu. Walaupun dia blur tetapi dia mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu untuk belajar ke peringkat diploma dan seterusnya memperoleh pekerjaan yang lumayan pendapatannya agar dapat membantu keluarga yang hidup dalam keadaan serba sederhana. Dia bukan Blur sembarangan.

Dia mungkin Hetty Blur, selalu dikenakan rakan yang mahu menguji tahap blurnya. Dan, dia memang sering terkena. Tapi dia bukan blur sehingga tidak tahu mengenakan semula. Cuma... kenapa tiap kali dia mahu membalas perbuatan ‘rakan’ itu, dia yang terkena semula? Adakah dia terlalu blur sehingga tidak mampu mengenakan semula pihak yang cuba menjatuhkan maruahnya?

Dan Robbie, the man of my dream, bolehkah kau menjadi milik aku, Hetty Blur?

Harga
Sem. Malaysia RM19.90 - RM17
Sabah/Sarawak RM22.90 - RM20
Status : ADA

Monday, June 14, 2010

Rejim Mahkota - Nurul Aini Bakar

Monday, June 14, 2010

Sinopsis : Yui Ito, merupakan gadis kawaii yang berhati besi. Dalam mencari erti hakikat kehidupan, dia menjejaki seseorang yang telah lama hilang dari dalam hidupnya. Jauh berkelana dari Negara matahari terbit dan memulakan alam persekolahannya di SMT Mahkota. Di situlah bermulanya rintangan dan cabaran yang menjadikan gadis ini lebih cekal dan tabah. Dia tidak pernah kenal erti payah dan perih dan tidak pula mudah mengalah dengan kesakitan yang datang menerjah. Yui Ito – gadis berhati waja, berpendirian tegas, tetapi agak lucu. Cuba untuk mengubah jalur sejarah yang silam, sekaligus kehadirannya menyebabkan orang lain turut berubah dalam kehidupan mereka.

Harga
RM18.90 (EM) - RM17.00
RM21.90 (WM) - RM20
Status : ADA

Monday, May 24, 2010

Rahsia Hati Sofea - Nazurah

Monday, May 24, 2010
sekali air sungai melimpah… sekali pasirnya pun berubah…

Aku dan dia kenal begitu lama, saling menyimpan rasa dan berkongsi hati. Kenapa sukarnya untuk saling memahami? Padahal kita bagaikan bercerung jiwa!

Ini bukan cinta tiga segi! Dia dan dia bersahabat. Mereka berkongsi cerita. Namun rahsianya hanya aku seorang sahaja yang tahu!

Ajaibnya dalam derita masih ada lagi cahaya, jalurnya memandu arah. Anehnya dalam pijar resah, angin masih bawa salam bahagia walau seketika. Payahnya pabila cinta jadi benci. Sukarnya nak pujuk hati biar benci bertukar rindu. Pilunya hati tatkala kau paksa aku memilihmu, padahal kau sudah lama kupilih!

Jiwamu bagai ombak di tengah laut, pabila datang menderu kau usung segala beban ke gigi pantai. Singgahmu sekejap cuma, tika pergi kau titipkan semuanya di bahuku seorang.... Kenapa harus begitu, Mal?
HARGA
RM21.00 (EW) – RM18.00
RM24.00 (WM) – RM21.00
STATUS : ADA

Pelangi - Syud, Hlovate, Noor Suraya

CERITERA I

PELANGI – SYUD

Iman bukan pelangi awak. Iman cuma Iman.
Iman tak cantik macam pelangi...
Tapi,
Iman tetap ada kat sini walau pelangi dah pergi...

Menjadi anak yatim piatu pada usia muda bukannya bermakna Iman Aisyah tidak berani hidup sendiri apalagi berdikari. Cuma kalau tiba-tiba ada yang melamar, apa salahnya kalau dia menerima, kan?

* * * *
Ceritera II

KED’S STORY – HLOVATE

Khalid Faizal... Ked ... Hadiah ...Nawal
a lady... a romeo... a skater...
Florida-Virginia ... Malaysia-USA

Hadiah deck daripada gadis tak bernama membuat dia gelabah. Macam mana budak perempuan FELDA tu tahu tentang skate? FELDA Florida barangkali, sebab budak berbaju kurung tu kenal juga Bruce Walker!

kalau nak diikutkan logik....
cinta pandang pertama dan cinta antara benua tu...
masuk akal ke?

* * * *

Ceritera III

RUMAH KECIL DI UJUNG PADANG – NOOR SURAYA

Akukah kunang-kunang yang dilupai orang tika mentari menyingsing?

“... papamu jadi bimbang kalau sapi-sapi itu mencintai aku lebih daripada dia.” Kata doktor veterinar itu sambil tersenyum.
“Semua orang bilang mas sangat pendiam.”
“... tetapi tidak dengan gadis yang aku suka.”

Gadis yang aku suka?

Durrah selalu melarikan diri jika hatinya tercalar. Masihkah dia perlu ‘berlari’ jika hatinya sudah tersangkut pada penghuni rumah kecil di hujung padang ini?

-------------------------
ISBN: 978-967-5118-24-1
Harga:

RM22.00 (EW) - RM19
RM25.00 (WM) - RM22
STATUS : ADA

Bohemian - Imaen

Cinta membuat kita tidak memandang apa-apa yang datang daripada kita, walaupun ia sebesar mana sekalipun. Sebaliknya, kita hanya akan memandang apa-apa yang datang daripada orang yang kita cintai, walau sekecil mana pun. Cinta membuat kita membuang sifat sendiri, dan mengambil sifatnya sebagai ganti.

Aku Dia
pemain muzik jalanan
melayari malaysiakini.com
merambu-rambu cari duit
pakai seluar bertampal di lutut
berambut panjang cecah bahu seorang peguam
baca Business Times
gaji ribu-ribu
pakai skirt nampak lutut
berambut copper blonde celup

Siapakah dia yang berani mencuri tenang dan damaiku, lalu menggantikan ia dengan resah gelisah?
Siapakah dia berani merampas hening bening malam dengan huru-hara yang tidak keruan ini?
Siapakah dia yang berani mengusik lenaku dengan bayangnya?
Dia, yang tidak pernah ada dalam senarai bidadari anganku! Tidak pula pernah sekalipun wujud dalam daftar mimpiku!
Dia, yang dari hujung kaki hingga hujung rambut bukanlah perempuan yang aku mohon lewat doa-doaku kepada Tuhan.

RM20.00 (EW) – RM17.00
RM23.00 (WM) – RM20.00
STATUS : ADA

Jaja dan Din - Noor Suraya

Cinta pandang pertamakah ini...

Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat jantung anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia, dan mata anda pula tak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?

=A= katakan: lupakan sahaja itu hanya logamaya
=B= rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu
=C= kenal pasti siapa dia, dan suruh ayah ibu meminang dia
=D= segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar
Jaja telah memilih =C= sebagai jawapan

cinta telah membuat aku tidak lut lagi dengan segala ‘peraturan hati’ yang selama ini aku junjung!

Implikasinya:

Abah dan uminya rasa
[♪¿∫∞Ωπ䮉¾]

Alahai, anak abah ni, awat la sampai jadi lagu tu!
Mama nak sorok muka ni kat mana, Jaja?

Inilah cerita Jaja yang meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sebagai suami. Tegarkah Jaja seorang media planner memilih hidup ala-ala ‘zuhud’ macam Din nanti?
rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana ke sini tanpa perlu berhenti di mana-mana ‘lampu isyarat’...

HARGA
RM20.00 (EW) – RM17.00
RM23.00 (WM) – RM20.00
Status : ADA

Sunday, April 25, 2010

Lamaran Kedua - Ma Lee Chuswan

Sunday, April 25, 2010
Tatkala rindu sudah sampai ke penghujung, impian berkocak duka. Kasih yang berlorek indah kiranya hanya seperti pelangi senja..satu..satu pergi dan hilang.
Ikuti kisah perkahwinan antara Nina dan Jeffri yang penuh dengan konflik-konflik duka.

Harga
RM19.90 (EW) - RM15
RM22.90 (WM) - RM18
Status : ADA

Sunday, April 11, 2010

Rindu Jadi Saksi - Azleya Shadzalin

Sunday, April 11, 2010
Kata orang, panas tak selalunya sampai ke petang. Tapi, gerimis yang mengundang kadangkala membawa seribu rahmat yang terselindung. Ketika cinta sedang mekar, seri kasih seakan pudar. Pada usia pernikahan yang masih mentah, mereka disapa dengan pelbagai dugaan. Timbul MMS yang mengharu-birukan keadaan.

Sang suami suka memendam rasa dan beranggapan ianya benar. Manakala sang isteri pula sering mengasak pelbagai pertanyaan, mahukan satu penjelasan apakah salahnya hingga mengundang pada perubahan suami tercinta. Wujud konflik yang tidak terungkai. Hanya anggapan yang menjadi perantara bukan kebenaran yang pasti. Walau rindu seluas lautan, walau kasih tiada sempadan, tiada maknanya kalau hanya dipendam. Jauh untuk dimengerti rasa hati jika tidak dizahirkan.

Mampukah rindu menjadi saksi pada sebuah kebahagiaan yang hakiki? Atau akan runtuhkah tembok cinta mereka yang digegar seruan kasih insan ketiga? Selamilah jiwa yang terluka milik Dian Shahira, juga ketinggian ego milik Irfan, serta keluhuran hati milik Han yang sanggup berkorban atas nama sebuah kebahagiaan.

Harga
RM20.90 (EW) - RM18.00
RM23.90 (WM) - RM21.00
Status : ADA

Bukan Tak Sudi - Mimie Afinie

Dia tidak pernah mencari. Malah tidak pernah terfikir pun untuk punya teman lelaki. Belum masanya. Lagipun dia tidak mahu terburu-buru. Maklumlah, bukan senang nak cari lelaki yang betul-betul sesuai dan kena dengan jiwa. Tersilap pilih nanti... merana seumur hidup.

Tetapi, bila emak asyik mendesak dan Syariff pula datang merisik, nak tak nak, dia terpaksa memikirkan hal itu dengan serius. Risau juga kalau-kalau emak terima risikan lelaki itu. Emak pun satu hal juga. Macamlah tak ada lelaki lain... Si Sarip Dol tu juga yang dia nampak.

Al datang tepat pada waktunya dan di saat dia amat memerlukan. Al ni kira okeylah. Baik, bertimbang rasa dan boleh bertolak ansur. Orangnya pun boleh tahan. Sedap mata memandang. Rasa-rasanya, daripada Si Syariff tu... lima kali lebih baik Al. Tetapi masalahnya... hatinya tidak ada pada lelaki itu.

Kalau bulan Al, siapa pula? Omar, rakan serumah merangkap rakan kongsi perniagaan merangkap kembar siam along tu? Hah! Minta simpang. Kalau Omar yang gatal lagi merenyam tu lah... jangan harap dia nak terima. Daripada berkahwin dengan lelaki itu... lebih baik dia jadi anak dara sampai ke tua. Dia sanggup. Bukanlah nak jual mahal sangat... tapi dia tak nak tanggung risiko.

Kalau bukan Syariff, Al atau Omar, siapa pula agaknya yang akan jadi pilihan hati Anis Zulaikha? Untuk mengetahui jawapannya, sama-samalah kita ikuti ‘BUKAN TAK SUDI’, karya terbaru dari Mimie Afinie.

Harga
RM23.90 (EW) - RM21.00
RM26.90 (WM) - RM24.00
Status : ADA

Cinta Antara Kita - Nur Hidayah

Cinta itu indah. Cinta itu anugerah Allah. Cinta juga pemusnah. Bercinta tidak semestinya memiliki. Berkasih tidak bererti disayangi. Jadi apakah sebenarnya cinta?

Rinnie seorang gadis biasa yang mulai diresapi rasa cinta ketika hilang dari alam nyata. Namun cintanya, cinta terlarang. Lantaran cinta terlarangnya itu, Rinnie sukar membuat keputusan kerana ada insan lain yang menagih kasih daripadanya. Namun perasaan kasih, sayang dan cinta terhadap cinta terlarangnya begitu menebal di jiwa. Mampukah Rinnie memilih satu di antara dua?...

“Cinta sempurna adalah cinta kepada-Nya. Tidak layu, tidak tua dan kekal selamanya”

Harga
RM19.90 (EW) - RM17.00
RM22.90 (WM) - RM20.00
status : ADA

Terbanglah Sayang - Aina Emir

Best Friends Forever (BFF)… merupakan ungkapan yang sering diucapkan dua orang teman baik, juga merupakan sepupu berwajah seiras. Serupa tapi tak sama. Inaz dan Fiya atau Shafinaz dan Lutfiya Zahra, yang sering mendapat gelaran ‘kembar’; ke mana-mana sahaja, mereka selalu berdua. Saling menyayangi, saling menolong dan saling bergantung.

Pun begitu, mereka bagaikan sedang dalam satu pertandingan untuk merebut sebuah trofi. Tanpa disedari, perasaan cemburu terbit di sanubari, masing-masing berentap untuk berada di depan.

Inaz, suka yang rancak dan kecoh, sedang mencari seseorang yang baik budi, menambat hati. Suka kepada yang bertubuh ‘tegap’… asal tidak mengingatkan kepada ayahnya. Dia juga sensitif dan pernah berdepan dengan tekanan. Mampukah Inaz mencari apa yang diimpikan?

Fiya pula, seorang yang pintar, suka kepada ‘nature’, minat aktiviti lasak, sayang kepada haiwan, sudah pun mendapat teman dan kini berada di depan. Mungkin kerana itu, Fiya dan Inaz bagaikan sedang bercakaran.

Munawarah dan Melissa, teman baik yang cuba jadi orang tengah, penasihat… mungkin juga pembelot?

Pertemuan Inaz, Fiya, Muna dan Mel… dengan empat orang jejaka di atas gunung legenda, membawa satu perubahan hidup dan mewujudkan pelbagai soalan dan teka-teki.

Novel ini akan temukan pembaca dengan pelbagai karakter yang berbeza kerjaya, mendekatkan kita kepada wira-wira negara, yang mungkin sebelum ini tak pernah kita kenali. Merasai apa yang dirasai oleh seorang anak angkat yang cuba mencari identiti diri. Siapakah agaknya yang menjadi burung rajawali, penuh perasaan tinggi diri, yang akhirnya terpaksa lakukan transformasi?

Sukarkah untuk menerima kekalahan dan payahkah untuk meluahkan perasaan? Sama-samalah menyelami dan menghayati kisah suka duka kehidupan mereka yang bergelar insan, yang disusun indah dalam novel Terbanglah Sayang.

Harga
RM23.90 (EW) - RM21.00
RM26.90 (WM) - RM24.00
Status : ADA

My Honey Hani - Fathi Ramli

“Kamu tahu tak? Seorang teman saya pernah berpesan, jangan pernah takut untuk bermimpi kerana adakalanya mimpi itu adalah cerminan masa depan yang akan mencorakkan perjalanan hidup kita,” ujar Dimas.

“Kenapa kita mesti ada impian? Kenapa tak biarkan saja hidup ini berlalu apa adanya?” soal Hani.

Siapakah Hani, gadis kelahiran Pahang, Malaysia itu? Siapa pula jejaka yang bernama Dimas? Di manakah mereka bertemu? Bagaimanakah terjalinnya pertalian antara dua insan yang mempunyai latar belakang yang berbeza? Adakah hubungan mereka berkekalan ataupun hanya sekadar ‘teman tapi mesra’?Marilah kita sama-sama ikuti kisah cinta gadis Melayu ini dalam meniti saat-saat bahagia, suka dan duka dalam kehidupannya di samping jejaka Yogyakarta yang menawan itu.

Harga
RM18.90 (EW) - RM16
RM21.90 (WM) - RM19
Status : ADA

Pulut Sakura Serunding Kasih - Leyla Shuri

Novel ini menceritakan krisis kekeluargaan, pertembungan tradisi Timur dengan unsur-unsur Barat, serta generasi muda di tengah-tengah kemelut kehidupan.

Rafique, pemuda Malaysia yang pernah kehilangan kekasih, menjadikan penghijrahannya ke Jepun sebagai tempat melepaskan diri dari kongkongan memori itu. Berlatarkan kenyamanan Gunung Fuji, kekosongan di hati Rafique diis semula dengan satu kejadian yang tidak dijangka. Hujan lebat bersama ribut taufan, membasuh saki-baki kenangan yang masih merimaskan hatinya. Takdir menghidupkan semula sumbu kasih sayang itu.

Di Gunung Fuji, sekali lagi Rafique kehilangan sesuatu yang tidak ternilai. Apa terjadi di Gunung Fuji? Dapatkah Rafique mencari kehilangan itu? Pulut Sakura Serunding Kasih memaparkan nilai-nilai sosial dan budaya masyarakat Jepun dan Melayu. Pulut sakura menjadi lambang nilai-nilai Jepun dan serunding mewakili lambang orang Melayu dalam adegan watak-watak di dalam novel ini.

Harga
RM19.90 (EW) - RM17.00
RM22.90 (WM) - RM20.00
Status : TIADA

Syurga Kasih Di Kaki Pelangi - Halis Azhan

Erni Aflina, gadis anak angkat berhati tulus, hidupnya tidak pernah tenang kerana banyak liku-liku yang tidak terjangka terpaksa ditempuhi. Sejak kecil dia mengimpikan syurga kasih, sejak kecil juga dia mencari-cari tempayan emas di kaki pelangi. Segala-galanya tidak pernah indah buat Aflina. Sampai suatu masa, dia perlu minta diri.

Izrar Hadafi, anak muda berhati luhur, hidupnya mewah tetapi tidak sarat dengan kasih sayang. Dia ingin menjadi Hang Jebat, dia akan membela apa-apa yang dirasakan benar. Segala-galanya tidak pernah elok di mata dan di hati Hadafi sehingga dia mengenali gadis itu. Namun, tidak mudah hendak mendekati dan memiliki hati Aflina.

Sepasang hati bertemu di hujung noktah. Titis-titis hujan menderu ketika fikiran keliru dan perasaan celaru. Siapa sangka di hujung jalan, Aflina menemui syurga kasih di kaki pelangi yang dicari-cari…

Ikutilah kisah pencarian gadis Erni Aflina yang mendebarkan ini.

Harga
RM16.90 (EW) - RM14
RM19.90 (WM) - RM17
Status : TIADA

Dimensi Cinta - Nora Fuad

Zaid Harith terlebih dahulu bertemu Nur Suraya, lalu jatuh cinta. Nilai cinta Zaid ada pada Vila Cinta impiannya. Lukhman sebaliknya menyimpan hati dengan Nur Suraya ketika kali pertama bertemu sebelum diperkenalkan oleh Zaid secara rasmi. Kedua-dua rakan baik itu jatuh cinta kepada gadis cantik bernama Nur Suraya itu. Gadis itu kebingungan dalam meletakkan tanda dalam hubungan mereka. Dia menjadi keliru dalam menentukan pilihan hatinya.

Siapakah pilihan Nur Suraya? Adakah Lukhman? Atau Zaid? Atau Taufik, kekasih lamanya? Apa ada pada cinta? Cukupkah sekadar bertukar cahaya ‘alfa’? Adakah cinta perlu diberi tanda? Pilihan antara hubungan saudara dan cinta sukar dipilih, seperti kata pepatah, ditelan pahit, dibuang sayang.

Harga
RM19.00 (EW)- RM16
RM21.00 (WM) - RM18
Status : TIADA

Igauan Semalam - Hani El-Zahra

Kau yang bunuh aku! Maknanya aku dah mati!” “Janganlah main-main!” “Aku tak main-main!” “Kalau kau dah mati. dengan siapa pula aku sedang bercakap ni? Hantu?” Wajah pucat lesi yang seolah-olah tidak pernah dialiri darah itu tersengih. “Selepas ni, giliran kau pula.” “Kalau kau nak bunuh aku sangat, bunuhlah sekarang! Kenapa harus tunggu lagi?!” “Oh, tak sabar rupanya!” Dia senyum sinis. “Kau pernah dengar ayat ni; bukankah penantian itu satu seksaan?” *****

Tika sunyi datang menyapa, hadirnya pengutus rasa bahagia. Pabila nafsu menguasai minda, dia hilang kompas kewarasannya. Demi sebuah rahsia keluarga, si ibu sanggup bertongkat derita. Kerana kasihkan seorang anak, si ayah rela perjudikan nyawa. Dek cinta terhadap arjuna, mahkota si gadis tergadai sia-sia. Benar, dunia ini umpama sebuah pentas yang penuh dengan aktor dan aktresnya. Setiap satu memegang watak berbeza mengikut papan cerita. Tetapi, bagaimana jika si pelakon terlalu khayal sehingga akal hilang upaya? Bukan itu yang dipinta, namun ketentuan itu yang harus diterima!

Harga
RM17.00 (EW) - RM14
RM20.00 (WM) - RM17
Status : ADA

Yang Jauh - Wirmaya

Benarkah Arman seorang kasanova? Benarkah dia seorang playboy? Banyak gadis pernah hadir dalam diari kehidupannya. Siapakah sebenarnya Arman?

Qamil bukan seorang pelarian cinta. Dia pernah dikecewakan dalam gelanggang cinta. Apakah punca kekecewaan itu?

Qais dan Prisca. Adakah hubungan mereka sama seperti Qais dan Laila Majnun?
Ada luka dalam dada atuk dan nenek di kampung. Ada kesal dalam diri Datuk Afwan. Ada kesan dalam diri Anuar dan Arfah. Ada sekepal tanah untuk Arshad di hujung kampung. Apakah yang telah terjadi?

Mona dan Eliza tiba-tiba datang. Husna Maria tiba-tiba muncul. Siapa yang telah membawa mereka ke dalam keluarga Datuk Afwan?

Anita pernah dekat di hati seseorang. Namun setelah usia hampir berlabuh di ufuk senja, takdir mengubah segalanya. Datin Safiah akur dengan suratan azali.

Yang Jauh bakal menyingkap kesemua persoalan ini. Siapakah sebenarnya yang jauh? Pada waktu-waktu tertentu, seolah-olah yang dekat sedang menjauh. Ada ketikanya yang jauh pula seakan ingin mendekati. Ada pertemuan. Ada penemuan. Banyak kehilangan. Banyak kematian.
Yang jauh…

Harga
RM18.90 (EW) - RM16
RM21.90 (WM) - RM19
Status : TIADA

Menjejak Memori - Zahida Zarkasi

Dua belas tahun sudah berlalu. Ramalan salah seorang bomoh masih lekat di ingatannya... Kanak-kanak tersebut akan kembali selepas 12 tahun. Sekembalinya dia ke alam manusia, dia akan menjadi seseorang yang mempunyai kuasa sakti dan hidup dalam kemewahan. Satu ramalan yang sukar untuk dipercayai tetapi tetap ditunggu. Rifqi berharap penantiannya selama 12 tahun akan berakhir. Dia berharap sangat dapat bertemu semula dengan kanak-kanak yang hilang itu, yang pernah menjadi kawan baiknya.

Di Kolej Indera Jaya, persoalan yang bermain di mindanya kian terungkai. Pencarian hampir menemui titik tamat. Namun, saat rahsia hampir terbongkar, Rifqi terpaksa mengambil keputusan untuk menghentikan penyiasatan. Jika tidak, perhubungannya dengan gadis itu pasti akan terancam. Gadis itu pasti tidak akan memaafkannya andai rahsia itu terbongkar. Rahsia tentang siapa dirinya yang sebenar...

Harga
RM18.00 (EW) - RM15
RM21.00 (WM) - RM18
Status : TIADA

Bila Dah Suka - Mimie Afinie

Kata orang, cinta pertama paling sukar untuk dilupakan. Kata orang lagi, bila kecewa dalam bercinta, kita memerlukan masa yang lama untuk sembuh. Benarkah begitu? Kalau benar, masakan dia senang sangat jatuh cinta dan senang pula melupakan?

Sebelum ini, sudah dua kali. Kini, hatinya terisi dengan nama lain pula. Mudah sungguh. Mungkin betul, dia memang jenis yang tidak boleh dibuat baik. Pantang orang buat baik sikit, senang sangat nak beri hati. Entahlah... Tapi apa sekalipun, dia yakin yang dia cintakan si dia. Cinta sungguh-sungguh.

‘BILA DAH SUKA’ membawa anda menyelami hati seorang gadis genit bernama Nurul Huda. Dia yang kecewa dengan perkahwinan insan yang dicintai membawa diri ke utara tanah air. Tetapi setiba di sana, sesuatu yang tidak diduga telah menimpa dirinya, lalu mengubah perjalanan hidupnya.

MIMIE AFINIE tampil sekali lagi dengan sebuah karya yang mampu ‘meringankan’ kepala anda dengan bahasa mudah dan bersahaja. Seperti biasa, ada unsur-unsur humor, suspens dan juga sedih. Moga terhibur...

Harga
RM19.90 (EW) - RM17
RM22.90 (WM) - RM20
Status : TIADA

Takdir Yang Terindah - Nana Faiz

Qistina Diyana, gadis manja ini hidup penuh ceria di samping Lynda dan Juraita, teman baiknya yang bermula di alam persekolahan. Namun, setelah meningkat awal dewasa, Qistina terpaksa melalui satu kehidupan yang tidak pernah terlintas di fikirannya.

Tatkala kasih yang dibajainya sedang berbunga terhadap Izwan Firhan, Qistina dipaksa supaya melupakan jejaka yang telah lama bertakhta di hatinya. Rahsia keluarga yang selama ini tersimpan rapi akhirnya tersingkap dan memaksa dia akur untuk memenuhi satu permintaan saudara kandungnya, apatah lagi apabila ianya berkaitan pengorbanan yang pernah dihulurkan Haikal Hakimi, sahabat baik abangnya itu.

Pertemuan semula di antara Haikal menjadi satu kejutan buat Qistina kerana tidak disangkakan mereka pernah bertemu dalam satu kejadian salah faham.

Perancangan keluarga Qistina untuk menyatukannya dengan Haikal telah memulakan dan menimbulkan konflik dalaman di dalam dirinya. Apakah rahsia dan pengorbanan yang telah dilakukan Haikal Hakimi terhadap keluarga Qistina itu sehinggakan dia dipaksa menerima lelaki itu?

Mampukah dia melalui kehidupan bersama lelaki yang tidak dicintainya itu malah untuk berkongsi kasih dalam satu ikatan di antara suami dan isteri? Benarkah rasa cinta itu dapat dipupuk setelah terbinanya mahligai yang dia sendiri tidak pasti akan bahagianya?

Harga
RM18.00 (EM) - RM15
RM21.00 (WM) - RM18
Status : TIADA

Matahariku - Aina Emir

Syakirah, gadis biasa-biasa yang bertahi lalat di bawah bibirnya, sekalipun tidak sehebat seorang ratu, tetap istimewa. Keresahan jiwa telah menjadikan dia gadis ‘nakal’ yang menghabiskan masa di dunia fantasi ‘anime’. Dia juga menjadi ‘pakar mengurat’ di alam maya. Sekalipun umurnya sudah mencecah kedewasaan, namun cinta dan kasih sayang seorang lelaki tidak pernah berbunga dalam hidupnya.

Perkahwinan merupakan sesuatu yang menggerunkan, kerana nun jauh di lubuk hati, dia bimbang menjejaki ibunya dan tidak mahu dilabelkan sebagai gadis ‘materialistik’. Pun begitu, kehadiran Khair atau ‘Kai’ sejak remaja lagi, kini mula mengubahkan perasaannya. Kalau dulu dia tidak merasakan Kai itu menarik, kini dia tahu lelaki itu mampu menyinarkan hidupnya. Bukankah mereka serupa sahaja? Malangnya, tiba-tiba sahaja ombak deras datang memukul, lalu mengucar-ngacirkan hidupnya. Syakirah terkapai-kapai dan tidak tahu hendak ke mana. Tahu-tahu dia sudah terperangkap dalam sesuatu yang hampir dekat dengan igauannya!

Kehadiran lelaki yang berketurunan campur itu meresahkan lagi hidupnya. Mengapa dia harus hadir dan mengelirukan keadaan? Apakah kuasa yang dia ada untuk melemahkan semangat dan mengecutkan perut gadis yang kaya dengan keayuan asli itu?

“It’s all about going crazy… and doing crazy thing.” katanya lagi, “kerana kehadiranmu sinonim dengan cahaya matahari…”
Harga
RM19.90 (EW) - RM17
RM22.90 (WM) - RM20
Status : TIADA

Hujan Gula-Gula Miz Mia

Seluruh alam menjadi saksi...Cinta pertama tercipta… Bulan memujuk dalam senyuman… Sayang… tetapi sepi! Bintang menyanyi bagai menyepi… Sembilan tahun merindu… Izhan akhirnya muncul! Namun Natalia tidak pasti… Akan wujudkah hujan gula-gula yang dinanti?

“Tunggu Izhan call aku macam harap hujan gula-gula turun kat bumi ni.” Cidot masih lagi membatu. “Tak faham ke?” Cidot menggeleng. “Okey… hujan gula-gula tu wujud ke?” “Tak!” Natalia senyum. “Aku tau Izhan takkan call aku… sampai bila-bila pun takkan ada!”Walaupun pahit, dia paksa diri agar menerima hakikat itu. Siapalah aku… “Tak mungkin wujud!”


Harga
RM18.90 (EW) - RM16
RM21.90 (WM) - RM19
Status : ADA

Kalau Ada Jodoh - Mimie Afinie

Tiada sesiapa mahu sengsara. Tiada jua yang inginkan derita. Namun takdir Tuhan tiada siapa yang mampu menepis? Marini terpaksa mengharungi sebuah kehidupan yang berdepan dengan onak dan duri hinggalah dia menumpang di rumah kakaknya. Di sanalah perjalanan hidupnya mula berubah. Tiba-tiba sahaja dia bertemu dengan Pyan, lelaki yang punyai personaliti yang jauh beza daripada apa yang ada dalam kotak fikirannya. Pun begitu, Faris tidak pernah melupakannya. Kesilapan yang pernah dilakukannya mahu dipulihkan semula.

Kalau Ada Jodoh merupakan sebuah novel yang penuh dengan plot humor, ada yang menyentuh perasaan dan tentunya akan menghiburkan pembaca sekelian.


Harga
RM19.90 (EW) - RM17
RM22.90 (WM) - RM20
Status : TIADA

Hanya Kita Berdua - Aina Emir

Hanya Kita Berdua akan membawa anda ke sebuah pekan kecil di persisiran pantai negeri Perak. Di sana anda akan temui Najla Haifa dan keluarganya yang kaya. Anda juga akan temui Adil, remaja yang tidak setaraf dengan Najla. Malangnya, satu peristiwa telah berlaku dan memisahkan mereka berdua.

Pertemuan dengan Danni seorang lelaki romantis lagi penyayang telah mengubah hidupnya. Berjayakah Danni untuk menjadikan Najla isterinya dan apakah pula rahsia yang sekian lama terselindung dan mencemarkan nama keluarga gadis itu?

Sebuah novel berunsur kekeluargaan, sarat dengan pertelingkahan dan dendam berpanjangan, namun mempunyai plot cerita yang romantis, terselit unsur humor dan penuh dengan persoalan.

Harga
RM19.90 (EW) - RM17
RM22.90 (WM) - RM20
Status : TIADA

Kau Laksana Bulan - Aina Emir

Kau Laksana Bulan akan membawa anda bersama-sama Adrianna mengembara ke dunia karya dan alam cintanya!

Dunia penulisan yang diterokai, merenyahkan perjalanan hidupnya. Terlalu banyak 'kejadian' yang membebankan semangat untuk teruskan kerjaya.

Pun begitu, dunia percintaannya tidak mudah seperti diharapkan. Ibunya mahu melihat Adrianna berkahwin cepat, namun harapan dan impian tidak pernah terjadi sepertimana yang direncanakan. Walaupun sudah ada kriteria yang disusun rapi dalam hal memilih calon, malang baginya kerana sering terperangkap dalam bayangan yang dicipta.

Syafik merupakan cinta pertama, namun terputus buat seketika. Kini lelaki itu kembali mengetuk pintu hatinya. Sementara Razif pula, cinta kedua yang meninggalkan kesan perit dan sakit hinggakan hidupnya terumbang-ambing, kecewa, seterusnya menutup ruang-ruang di hati untuk bercinta lagi. Firas, pemuda yang berbeza karakter daripada kriteria yang ada. Dalam begitu, lelaki itu mampu mengganggu konsentrasinya. Akhir sekali, masih ada Eizlan yang muncul secara misteri, dan mula menghantui hidupnya!

"Kau laksana bulan yang menyinari hidupku... dan akulah punggukmu yang sanggup menanti sang bulan tersenyum di langit"

Kau Laksana Bulan pastinya merupakan novel yang mendebarkan dan akan membuat anda mahu terus membaca untuk mencari jawapan kepada teka teki dalam perjalanan cerita!


Harga
RM19.90 (EW) - RM17
RM22.90 (WM) - RM20
Status : TIADA

Tinggallah Pujaan - Mimie Afinie

NURAIN, seorang kanak-kanak nakal, lincah dan periang. Meskipun tanpa ayah di sisi, dia tidak pernah peduli. Apatah lagi, dia punyai Norman sebagai tempat menumpang kasih dan manja. Normanlah abang dan Normanlah juga sahabat. Malah dia juga ada Haikal, teman akrab yang sentiasa bersedia menjadi pelindung.

Bahagianya tidak berpanjangan apabila Norman, terpaksa mengikut keluarganya berpindah ke Selangor. Perpisahan itu bagai meragut seluruh cerianya. Dia rasa amat kehilangan. Saban hari dia menunggu kedatangan warkah dan saban hari juga dia menanti kunjungan Norman. Namun, anak muda itu terus menyepi tanpa sebarang khabar berita.

Masa berlalu dan silih berganti. Kini Nurain bukan lagi gadis cilik yang tidak mengerti apa-apa. Kedewasaan mengajarnya erti cinta dan rindu. Kepada siapa lagi harus ditumpahkan segenap rasa itu kalau bukan Haikal? Lelaki yang sentiasa menemani di saat susah dan senang, di kala suka dan juga duka. Tatkala hati sudah melupakan, Norman hadir semula menceriakan hari-harinya dan hari-hari Haikal juga. Namun, kiranya kedatangan itu telah mengubah segalanya…“TINGGALLAH PUJAAN”… Ungkapan yang amat memeritkan Nurain… Namun dia harus merelakan.


Harga
RM19.90 (EW) - RM17
RM22.90 (WM) - RM20
Status : TIADA

Maafkanku Sayang - Mimie Afinie

MAAFKAN KU...SAYANG sebuah novel yang pastinya tidak akan mengecewakan anda. Lucu, sedih, saspen, marah… itulah yang akan anda rasakan sepanjang menghayati novel yang sarat dengan konflik ini.

Tanjung Resang, Mersing telah menjadi tempat pilihannya untuk membawa hati yang terluka. Dia meninggalkan pekerjaan, kemewahan dan segala-galanya. Biarpun di bumi Mersing nan permai ini dia serba-serbi kekurangan, namun hatinya bahagia, jiwanya damai. Bagaikan tidak mahu lagi dia berpisah dengan pantai yang indah, yang sering kali membuatkan perasaan lelakinya tercabar.

Di tempat itulah Iskandar Helmi menumpang kasih dan sayang. Di tempat itu juga dia bertemu Sarah Nadia yang membuatkan dia terlupa pada memori semalam. Biarlah semuanya berlalu dalam lipatan sejarah.

Namun, tidak semudah itu untuk miliki bahagia. Terlalu banyak onak dan duri yang sentiasa sahaja menjadi penghalang. Mungkin dalam kemelutan yang dilalui, Jeffri lebih berhak kepada hati dan perasaan Sarah Nadia, gadis kampung yang berhati mulia, yang pernah juga suatu ketika terlalu mengharapkan cinta yang akhirnya telah membuat dirinya kecewa. Cinta yang tidak diberi penilaian yang saksama! “Takkan ku berhenti mencintaimu… seperti mana jarum jam ini yang tidak pernah berhenti mengejar masa…” Kata-kata yang terngiang-ngiang di telinganya, yang terus merobekkan hati… “Maafkan ku sayang…” Bisik hatinya di angin lalu.

Harga
RM19.00 (EW) - RM16
RM21.00 (WM) - RM18
Status : TIADA

Friday, March 26, 2010

Percayalah Akhirnya - Ruby Hazri

Friday, March 26, 2010
dia umpama sebuah kolam, kelihatan tenang di permukaan, berolak dan bergelora di dasarnya

Siapa yang kata cinta tidak semestinya bersatu? Sedangkan itulah tujuannya perkahwinan! Betullah kata orang, lelaki Melayu romantisnya tidak setanding dengan lelaki Eropah. Itulah bahagianya Nur Atiqah menjadi isteri Danial Wolfgang. Tetapi...

Aku sanggup memungut sisa kasihmu yang sirna, Atiqah. Izinkan dia berada di sisiku, Tuhan. Biarpun mungkin aku tidak layak untuk memiliki hatinya ~ Khairil

Salji datang lagi…

Sebelum kuntuman tulip sempat berkembang

di padang harapan

Salji datang lagi...

Kala suramnya awan diri yang pasrah

mengenang mentari cindur yang hilang

Ya Allah, mungkinkah akan ada lagi pertemuan dengannya? ~ Danial Wolfgang

Fitrah hati sahajalah yang mampu menjadikan ikatan perkahwinan ini sebuah syurga, Atiqah. Bahagia hadir dari dalam hati, kesannya akan tampak pada zahir dan rupanya terlihat pada maknawi.

Kenapa kita harus ditemukan dalam situasi seperti ini? Bukannya ini kehendak yang Ika mahu! ~ Nur Atiqah

ISBN: 978-967-5118-23-4
Harga:
RM22.00 (Sem. M'sia),** RM19
RM25.00 (Sabah/Sarawak) ** RM22
Status : ADA

Samudera Indah Nian - Mazni Darwisya

Ibarat setianya Ali pada Fatimah

Ibarat kasihnya Muhammmad pada Khadijah

Itulah yang Yasmin Nur Raihan impikan dalam perkahwinannya bersama Amru walau ikatan mereka diatur keluarga. Yasmin berharap Amru menjadi pendampingnya dunia akhirat. Pada Yasmin cinta kasih dan sayang mampu disemai dipupuk. Berbeza bagi Leftenan Komander Amru Iskandar, hakikat jodohnya bersama Yasmin sukar diterima. Lantas diletakkannya syarat pada malam pertama mereka. Yasmin akur malah bersyukur. Padanya Amru bagai seorang sahabat baik yang baru dikenalinya.

Segalanya berubah apabila Yasmin menapak buat kali pertama bercuti ke rumah Amru di Lumut. Entah bila pula timbulnya rasa rindu dan sayang di hati Amru; sikap dan kelembutan Yasmin telah mengikat hati Amru pada wanita itu. Belum sempat diluahkan rasa hati, segalanya bertukar tragedi apabila Leftenan Maya Athira hadir antara mereka. Tidak seperti perempuan yang suka menyerah, Yasmin nekad mempertahankan rumah tangganya. Tetapi Amru... bagaimana?

Samudera itu indah... sepertimana indahnya cinta yang kita kemudi... ~ Amru Iskandar.

* * * *
Nukilan pertama Mazni Darwisya – Samudera Indah Nian – berlatarbelakangkan Pangkalan TLDM Lumut. Kuatkah Yasmin pabila dilambung samudera hati...? Berjayakah Amru mengemudi bahteranya? Biarlah Mazni Darwisya yang menjawabnya!
--------------------------------------------------------------------------------
ISBN: 978-967-5118-28-9
RM18.00 (semenanjung) ** RM15
RM21.00 (sabah/sarawak) ** RM17
Status : ADA
 
Design by Pocket Distributed by Deluxe Templates