............DISKAUN ISTMEWA UNTUK SETIAP PEMBELIAN BUKU..

LATAR BELAKANG

BookWorm Crazy ditubuhkan pada Januari 2010, dan beroperasi secara rasmi pada awal Mac 2010,  untuk membantu perkembangan jualan novel-novel terbitan penerbit-penerbit tanahair di kawasan Pantai Timur. Disebabkan timbulnya masalah dan rungutan betapa sukarnya mahu mendapatkan novel-novel bermutu dari penerbit-penerbit seperti Kaki Novel, Buku Prima, Jemari Seni, Fajar Pakeer, Karnadya, NB Kara dan sebagainya, maka satu inisiatif telah dilakukan dengan menubuhkan BookWorm Crazy.

Buat masa ini BookWorm Crazy mempunyai lebih dari 200 tajuk novel terbaru dari pelbagai penerbitan tanahair. Insya allah ia akan terus berkembang dan menambah jumlah stok dari masa ke semasa.

Antara inisiatif-inisatif BookWorm Crazy yang sedang giat dijalankan ialah :
a) menjadi pembekal novel kepada perpustakaan-perpustakaan sekolah di pantai timur
b) menguruskan penghantaran novel secara by hand ke alamat-alamat sekitar Kuala Terengganu dan kawasan-kawasan sekitar (atas permintaan)
c) mengadakan pameran jualan buku-buku kepada pelajar-pelajar sekolah dengan menawarkan diskaun yang menarik untuk mendorong minat pelajar pada bahan bacaan.

Diharapkan kewujudan BookWorm Crazy akan dapat membantu peminat-peminat novel tanahair terutamanya yang berada di sekitar Pantai Timur untuk mendapatkan novel-novel ini.
 
Design by Pocket Distributed by Deluxe Templates